Tentang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis 1 ini dibina sempena dengan pembukaan kawasan perumahan Taman Nusa Perintis yang terletak di Bandar Nusajaya, Gelang Patah, Johor.


Lokasi

Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis 1 terletak di bandar Nusa Jaya, Gelang Patah lebih kurang 32 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru.


Majlis Penyerahan Watikah Pembukaan Sekolah

Majlis penyerahan watikah pembukaan sekolah telah disempurnakan pada 3 Januari 2003 oleh Tuan Haji Miad Bin Haji Anuar, Ketua Unit Sekolah Rendah mewakili Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.


Pembangunan Dan Fasiliti

Sekolah ini dibangunkan di atas tanah seluas 4 hektar yang dirizabkan sebagai tapak sekolah rendah daripada kerajaan oleh pemaju perumahan Taman Nusa Perintis 1. Projek pembangunan yang bermula dari tahun 2001 berjaya disempurnakan pembinaannya pada Disember dengan kos perbelanjaan berjumlah RM 7.8 juta.

Selain daripada 30 buah bilik darjah, sekolah ini juga dilengkapi dengan Bilik Kemahiran Manipulatif, Dewan kecil, Bilik Muzik, Bilik Komputer, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Pengembangan Staf, 2 buah Bilik Guru, Pejabat Pentadbiran, Bilik Pengurusan Kokurikulum, Bilik Pengurusan Hal Ehwal Murid, Bilik Pengurusan dan Stor Sukan, Bilik Persalinan, Klinik Rawatan Kesihatan dan Pergigian, Perpustakaan, Kantin, MedanĀ 

Terbuka, Gelanggang Sepak Takraw, Gelanggang Badminton, Padang Serbaguna, Kedai Buku, Bilik Tayang, Bilik Surau dan Pendidikan Islam dan sebuah tapas perhimpunan yang terletak di bahagian tengah blok bangunan ini.