Kata-kata aluan Guru Besar, Encik Pa’ahat bin Poto

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera, Salam Muafakat Johor dan Salam Negaraku, Malaysia.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha PIBG SK Taman Nusa Perintis menubuhkan KSIB dengan slogan “Komuniti Sepakat Impak Bersama”. Tahniah juga diucapkan atas kejayaan membina laman web PIBG/KSIB.

Harapan saya dengan wujudnya laman web ini, pihak sekolah khususnya melalui PIBG dapat mewar-warkan serta memaparkan segala maklumat serta program terkini mengenai sekolah kepada ibubapa.

KSIB atau Komuniti Sekolah dan Ibubapa/Kumpulan Sokongan Ibubapa, merupakan agenda ke 9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. PIBG disarankan untuk meluaskan hubungan melalui penubuhan KSIB contohnya.

Ibubapa yang tidak terpilih sebagai AJK PIBG masih boleh melibatkan diri di sekolah secara aktif. Mereka boleh memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk termasuk idea, tenaga, kepakaran dan mungkin juga kewangan.

Justeru itu KSIB telah dipecahkan mengikut biro-biro yang tertentu bagi memudahkan para ibubapa menyumbangkan tenaga serta kepakaran masing-masing.

Saya mengharapkan sokongan KSIB dapat merapatkan hubungan antara ibubapa dan komuniti dengan pihak sekolah. Melalui KSIB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang lebih bermakna antara semua pihak. Kerjasama dan hubungan itu diharapkan akan dapat meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid dari segi kurikulum dan kokurikulum seterusnya menaikkan prestasi sekolah di peringkat global.

Akhir kata,sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang secara sukarela menawarkan diri untuk menyertai dan memberi sumbangan sehingga wujudnya KSIB SKTNP semuga "muafakat itu berkat"