Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 14 & Majlis Anugerah Cemerlang

Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke-14 SK. Taman Nusa Perintis 1 telah diadakan di Dewan Sri Perintis pada 4 Mac 2017 yang lepas.

Majlis bermula dengan bacaan doa dan diikuti dengan kata-kata aluan daripada Guru Besar dan Yang di Pertua PIBG.

Perasmian seterusnya dilaksanakan oleh Haji Khairi. Dalam ucapan perasmian, Haji Khairi merakamkan setinggi-tinggi tahniah pada pihak sekolah dan berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM20,000 untuk laluan gajah menyusur di kawasan menunggu bas dan RM1,000 untuk kelab guru.

Seterusnya murid UPSR 2016 diraikan.