TPM Lancar Sambutan Hari Guru

JOHOR BAHRU, 16 MEI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir melancarkan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46, di Kompleks Sukan Educity, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin. Pada majlis itu, Ahmad Zahid akan menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2017, Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2017 dan Ikon Guru Inovatif Kebangsaan 2017.

Selain itu, kira-kira 3,000 guru dari seluruh Malaysia berkumpul pada pada majlis itu yang turut menyatakan Ikrar Hari Guru yang diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Sumber : https://johortimes.my/2017/05/16/tpm-lancar-perayaan-hari-guru-zahid_hamidi/