Kata-kata aluan YDP PIBG, Encik Zaid bin Hashim

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan keizinannya saya telah diberi ruang dan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena pelancaran penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SKTNP 1.

Dengan adanya KSIB ini kita dapat mewujudkan rangkaian dan jalinan anatara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak-anak.

Penubuhan KSIB juga dapat membantu pihak sekolah dari segi aspek perkongsian maklumat, pandangan, keselamatan, kebajikan, kewangan dan juga tanggugjawab sosial.

Penubuhan KSIB ini juga dapat membantu guru-guru dalam mengurangkan beban dalam mengatasi masalah-masalah sosial anak-anak.

Akhir kata, saya mendoakan agar majlis penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa pada hari ini berlansung dengan jayanya dan saya harap agar matlamat penubuhan KSIB ini dapat direalisasikan.

Sekian, Terima Kasih & Salam Hormat.

 

ZAID HASHIM,
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis 1.